Utama

31 Jan 2012

Saya terdesak samun untuk beli susu anak




KUALA TERENGGANU- “Saya langsung tidak ada niat hendak menyamun mangsa tetapi saya benar-benar dalam situasi terdesak memerlukan wang untuk membeli susu kepada anak kembar yang baru berusia setahun,” demikian jelas tertuduh, Mohd Hishanudin Abdullah, 32, ketika menjawab pertanyaan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin yang ingin mengetahui sebab mendorong dia melakukan jenayah tersebut.

Bapa kepada tiga anak itu turut mengakui semasa kejadian, dia yang berada dalam dunianya sendiri berikutan penangan najis dadah yang diambilnya sebelum itu juga mendorong dia bertindak sedemikian rupa dan sanggup memeras ugut mangsa hanya kerana inginkan RM20.

Dalam masa sama, tertuduh yang sebelum ini bekerja sebagai pelayan kapal peranginan di sebuah pulau di negeri ini menjelaskan walaupun pendapatan bula-nannya mencecah RM3,000, namun sentiasa tidak mencukupi dek kerana ketagihan dadah melampau.

Terdahulu, Mohd Hishanudin, dari Rumah Pangsa, Kampung Kolam, Kuala Terengganu yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, kelmarin atas dakwaan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan mengaku salah melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan terhadap mangsa, Muhamad Ismail Al-Rashid Ramli, 18.

Tertuduh mengaku melakukan jenayah itu menggunakan sebilah pisau lipat dengan niat mangsa dapat menyerahkan RM20 di hadapan sebuah kedai kunci Jalan Masjid Sultan Zainal Abidin, di sini, kira-kira jam 3.15 petang, 13 Disember lalu.

Berikutan pengakuan salah tersebut dan mendengar rayuan tertuduh yang tidak diwakili peguam bela, Zainal Abidin menjatuhkan hukuman 36 bulan penjara bermula tarikh tertuduh ditangkap.

Terdahulu, sebelum hukuman dijatuhkan, tertuduh yang pada awalnya kelihatan tenang menjawab soalan dikemukakan Zainal Abidin tidak dapat menahan sebak dan menangis teresak-esak di kandang tertuduh ketika Zainal Abidin meminta dia membayangkan masa depan anaknya sekiranya dia berterusan melakukan jenayah.

Kenapa Mesti Boikot McDonald?


Marilah kita renung sejenak apa yang kita makan dan apa yang kita beri anak kita makan. Pastikan apa yang kita beri tidak menjad syubhah kepada kerja2 penghapusan gaza dan Palestin dan juga Islam. Didik anak dengan memakan makanan yang baik dan halal. Kerana ini kewajipan kita.

Anda Masih Mahu Minum Coca Cola?... Lebih baik jangan


Salam perkhabaran... mungkin anda mengatakan saya menipu. tapi hakikatnya inilah sebenarnya yang terkandung di dalam air coke yang anda suka minum. Apakah hukumnya dengan adanya kandungan ALKOHOL d dalam air tersebut. Ditambah dengan bahan2 yang lain. sememangnya ia penambah perosa bagi menyambut kedatangan penyakit yang tidak diundang. Waspadalah selalu. Jika boleh, elakkan dari mengambil minuman berkarbonat. Banyakkan meminum air masak atau mineral. lebih baik air zam zam. Sebarkan pada yang lain. Untuk maklumat lebih lanjut, layari:

http://www.dailymail.co.uk/news/article-1356810/Coca-Cola-recipe-Top-secret-formula-uncovered-This-American-Life-website.html

21 Jan 2012

RENUNGKAN SEMULA

Penipuan Wang Kertas!

Wang Kertas : Penipuan Terbesar Dalam Sejarah Manusia
Hari ini kalau ada yang berazam untuk tidak mahu menggunakan wang kertas, orang berkenaan ‘wajib’ berpindah ke dalam hutan. Begitu sekali sekeping wang kertas bergelar ‘not’ menguasai seluruh kehidupan manusia.“ Apa itu wang kertas?” wacana tentang riba dan wang emas tidak mungkin lengkap kalau tidak menyentuh soal wang kertas kerana kedua-dua matawang ini dan riba ada hubung kaitnya dari segi sejarah.

Sejarah mencatatkan bahawa antara wang yang paling awal muncul di dunia ini adalah wang emas yang digunakan pada empayar Rom di Eropah, berkurun lama sebelum kedatangan Islam di bumi Arab. Wang emas terus digunakan oleh dunia Islam dan bahagian-bahagian dunia yang lain setelah keadatangan Nabi Muhammad s.a.w. Kearajaan Melayu Melaka pada kurun ke-14 Masehi juga menggunakan wang emas.

Namun, penggunaannya berakhir pada 1924 berikut runtuhnya kerajaan Khilafah Islamiah terakhir iaitu Khalifah Uthmaniah yang berpusat di Istanbul, Turki. Selepas itu, dunia beralih kepada wang kertas yang bersandarkan emas.Namun, sejarah wang kertas diwarnai misteri, tipu daya dan pembelitan yang dahsyat. Warga Amerika Syarikat, G Edward Griffin dalam buku The Creature From Jekyll Island berkata bahawa titik bermulanya penipuan wang kertas adalah pada 1910.

Mesyuarat misteri di pulau Jekyll pada tahun itu membawa kepada penubuhan the Federal Reserve Department (FRD) pada tahun 1913 yang keahliannya bukan di kalangan rakyat atau institusi kerajaan Amerika Syarikat . Sebaliknya dianggotai oleh syarikat milik persendirian asing. Penggunaan perkataan ‘federal’ (persekutuan) ke atas sesuatu yang berbentuk persendirian adalah pembohongan yang nyata. Kongres Amerika Syarikat pula terpaksa meluluskannya secara curi-curi.

Jabatan ini kemudiannya mentadbir segala urusan kewangan Negara Amerika Syarikat., antaranya mencetak wang kertas Dolar Amerika dan memperkenalkan Fractional Reserve Bangking (FRB) atau Fractional Reserve Requirement (FRR) yang menjadi asas perjalanan sesebuah bank. Sehingga hari ini, FRB digunakakn oleh industri perbankan di seluruh dunia termasuk Malaysia untuk mencipta wangsesuka hati dalam jumlah yang berlipat kali ganda melebihi kekayaan sebenar.

Berikutan penubuhan FRD, banyak peristiwa besar berlaku sehingga membolehkan British mengusai Bandar Jerusalem pada 1919. Penguasaan itu menandakan berakhirnya era Perang Salib yang berlangsung selama 250 tahun antara umat Islam dan Kristian. Dinia pun berubah dengan mendadak. Kemuncaknya ialah kejatuhan Kerajaan Khalifah Uthmaniah.

Peristiwa demi peristiwa terus mengejutkan dunia, antaranya Perang Dunia Pertama dan krisis ekonomi dunia besar-besaran pada 1929. Pada 1944, muncul pula perjanjian Bretton Woods yang melibatkan 44 buah Negara dunia yang bersetuju untuk menyandarkan mata wang kertas masing-masing kepada Dolar Amerika dengan jaminan bahawa USD35 bersamaan dengan satu auns emas.

Negara-negara dunia tidak lagi menyandarkan mata wang kertas kepada rizab emas masing-masing seperti sebelum ini. Setahun selepas Dolar Amerika mendapat ‘daulat’ berkenaan, International Monetory Fund (IMF) pun ditubuhkan. Pada 1948, Negara Israel mendapat pengiktirafan sebagai sebuah Negara berdaulat di tengah-tengah Negara Palestin yang sah.

Seterusnya pada 1971, kerajaan Amerika Syarikat pimpinan Ricard Nixon hampir bankrap gara-gara Perang Vietnam dan masalah deficit imbangan pembayaran yang berterusan. Tuntutan rasmi terhadap rizab emas Amerika Syarikat melambung kepada USD32 bilion sedangkan rizab emas yang ada hanya satu pertiga. Keyakinan terhadap Dolar Amerika punah.

Berduyun-duyun bank pusat negara lain memeras ugut Amerika Syarikat dengan cara menebus pegangan Dolar Amerika masing-masing. Emas mengalir keluar dari Amerika Syarikat lalu dengan sendirinya meruntuhkan nilai Dolar Amerika.

Namun Amerika licik bertindak dengan memutuskan ikatan antara Dolar Amerika dan emas. Ini bermakna Amerika Syarikat memungkiri perjanjian Bretton Woods dan bertindak secara unilateral untuk menguburkan system piawaian emas.

Selepas 15 ogos 1971, dollar tidak lagi bersandarkan kepada emas. Sejak itu, nilai dolar ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing. Kesannya, semua matawang dunia berubah menjadi matawang fiat iaitu matawang yang bernilai sifar. Ini bermakna setiap Negara bebas mencetak wang kertas tana perlu bersandarkan kepada apa-apa rizab.

Kalau ada pun, ia dalam jumlah yang kecil seperti yang ditetapkan oleh Special Drawing Rights IMF. Bayangkan betapa liciknya permainan ini. Pun begitu apa jua tipu daya tetap ada kelemahannya seperti mana yang disebut oleh Allah dalam al-Quran,Firmannya :

Maksudnya :
“Orang-orang yang beriman dan berperang di jalan Allah dan orang-orang yang kafir berjalan di jalan thaghut, sebab itu perangi lah kawan-kawan syaitan itu kerana tipu daya syaitan itu adalah lemah.” [surah an-Nisa’, ayat 76]

Sekarang, ‘tabir’ yang melindungi wajah sebenar wang kertas semakin terungkai. Dunia mula mengetahui apa ada di sebalik wang kertas. Wang kertas tidak mempunyai nilai intrinsik seperti mana wang sebenar (contohnya emas, perak, sebakul barangan dan lain-lain).

Nilai yang dicetak di atas wang kertas kini ditentukan oleh kerajaan yang mengeluarkannya dan kuasa pasaran (market forces). Ini bermakna nilainya bergantung kepada permintaan dan manipulasi pihak yang mengeluarkannya. Ia hanya lah ‘janji’ untuk membayar dan pihak yang mengeluarkannya tidak semesti menunaikan ‘janji’ itu. Atas inilah, sebagai contoh, pada wang kertas Ringgit Malaysia yang kita gunakan sekarang, tercetak ayat, “wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai….”.

Wang kertas digelar fiat kerana ia bukan berbentuk komoditi tetapi dikeluarkan oleh pihak tertentu dan dijamin nilainya oleh pihak yang mengeluarkan. Pengertian sebenar disebalik wang kertas ialah sekadar ‘sekeping kertas’ yang diterima pakai untuk semua urusan jual beli. Asas penerimaan kertas ini hanya atas dasar kepercayaan terhadapnya.

Kepercayaan semata-mata! Itu sahaja! Sekiranya di suatu masa kelak, semua orang hilang kepercayaan terhadap ‘kertas ini’ lalu ia tidak lagi berguna, sekalipun jumlahnya berguni.

Sejarah membuktikan bahawa dalam peperangan mata wang sesebuah Negara dilanda krisis akan hancur lalu wang kertas dilambakkan seperti bukit di satu tempat dan dimansuhkan dengan cara membakarnya hingga hangus. Di Malaysia, sebahagian besar generasi sebelum merdeka masih lagi mengingati istilah ‘duit pisang’ atau ‘duit Jepun’ yang menyaksikan berguni duit kertas tidak mampu untuk membeli secawan beras. Ungkapan ‘duit tak laku’ bukan lah sesuatu yang asing buat orang lama yang pernah melalui pengalamn buruk itu.

Selain wang kertas, wang fiat juga merujuk kepada wang dalam bentuk angka dalam akaun, hutang-hutang yang dikeluarkan oleh bank atau institusi kewangan dan kad plastic digital. Wang ini tidak disokong oleh apa-apa aset yang nyata. Nilainya mudah dimainkan oleh speculator matawang yang berniat jahat, tamak dan tidak berperikemanusian.

Krisis ekonomi Asia pada 1997 adalah contoh yang paling dekat dengan kita. Spekulasi dan manipulasi menyebabkan berlaku susut nilai matawang atau lebih buruk, matawang itu langsung tidak bernilai. Keadaan yang dinamakan ‘money meltdown’ ini sudah pun berlaku dalam tahun-tahun kebelakangan (kejatuhan Dolar Amerika pada 1973 dan 1980).

Keadaan ini pasti akan berulang. Krisis ekonomi dunia diramal menjadi lebih teruk berbanding pada tahun 1929.
Sistem ekonomi kapitalis, bank dan institusi kewangan dengan cara tidak bertanggungjawab telah mencipta wang fiat dengan banyak di pasaran sehingga menyebabkan inflasi. Wang itu dicipta melalui kepelbagaian deposit, memberi hutang dan mengenakan faedah. Setiap wang fiat yang didepositkan ke dalam bank akan mencambahkan tiga wang fiat lagi yang boleh diberikan kepada individu dan syarikat perniagaan. Ekonomi ini adalah ekonomi palsu yang tidak berasaskan kepada pengeluaran sebenar.

Sesetengah kerajaan mencetak wang sewenang-wenang tanpa bersandarkan kepada pengeluaran sebenar dalam Negara bagi kepentingan pemerintah dan pengekalan kuasa.

Apabila semakin banyak wang dicetak, nilai wang fiat akan berkurangan dan menyebabkan inflasi. Kuasa beli rakyat pula akan berkurangan. Satu wang fiat tidak memungkinkan kita membeli barangan yang sama kita beli seperti sepuluh tahun yang lalu. Ini menjadikan nilai wang kertas fiat hanya terletak pada barangan yang kita beli hari ini. Sebagai contoh, tiga puluh tahun lalu, seseorang yang bergaji RM 1000 sebulan mampu memiliki kereta import berjenama dan sebuah banglo. Hari ini, gaji sebanyak RM 20 000 sebulan belum tentu menjanjikan kereta import dan banglo. Harga barangan menjadi terlalu tinggi iaitu meningkat berkali ganda berbanding peningkatan dalam pendapatan.

Orang sekarang berkerja siang dan malam serta melakukan bermacam-macam jenis pekerjaan, tetapi masih berada di dalam keadaan kekurangan. Harta pada hakikatnya dimiliki oleh bank atau institusi kewangan. Hampir semua orang berhutang dengan bank atau institusi keewangan dan pada bila-bila masa boleh menjadi papa kedana kerana hutang itu. Malah hutang bank juga boleh diwarisi sehingga ke anak cucu.

Kadar pengangguran dan kegagalan syarikat perniagaan pula semakin meningkat dari hari ke hari. Semua ini angkara sistem kewangan fiat yang menyebabkan ekonomi berkembang secara tidak stabil serta mewujudkan jurang besar antara golongan berada dengan golongan tidak berada. Jelas wang kertas adalah wang yang tidak adil dan tidak jujur. Apabila Amerika Syarikat meluluskan penubuhan FRD dan Amerika Syarikat mengadakan perjanjian Bretton Woods pada 1944, seluruh ummah sebenarnya sudah ditipu ‘hidup-hidup’. Inilah penipuan terbesar dalam sejarah manusia.

20 Jan 2012

Nasi Ambang @ Nasi Ambeng?


Ada yang mengatakan nasi ambang. Tapi itu adalah bagi orang berlidah Melayu. Bagi anak Jawa berlidah Jawa sebutan sebenarnya adalah Nasi Ambeng. sebutan B ditebalkan sikit.

Makanan tradisi ini memang sedap dan biasanya boleh didapati di majlis kenduri kesyukuran, tahlil atau bercukur. Isinya terdiri dari nasi putih, ayam rendang atau kicap, sayur kacang+kentang+soon@ smbal oreng, mee goreng/mihun goreng, gereh(ikan masin bulu ayam), timun, dan yang paling istimewa serunding kelapa... sedap dimakan beramai-ramai.

Yang pastinya setiap anak Jawa akan merindui makanan ini kalau pulang ke kampung. "Ojo sampek ilang Jowone..."

Tetapi aku dapat kesan makanan ni kat Mantin (pasar malam kat Kolej Lagenda), Cyberjaya (Restoran Dapur Kami), Beranang (Pasar malam)... Thumbs UP for this food 1

Permainan Apple baru... AKU JIMAT! Siapakah watak utamanya?


Dengan ratusan aplikasi mudah-alih yang dibangunkan pembangun tempatan, kini sebuah aplikasi berbentuk permainan diperkenalkan, dinamakan sebagai Aku Jimat. Aplikasi yang ditawarkan secara percuma ini, membolehkan para pemain berjimat dengan mengumpulkan duit, selain pada masa yang sama perlu membeli 12 jenis barangan, seperti cincin berlian, beg tangan dan sebagainya melaluinya.

Sama seperti permainan-permainan lain, Aku Jimat turut menyertakan beberapa halangan, dimana para pemain perlu mengelak daripada mengumpulkan bom, dimana setiap bom akan menambah jangka umur, dan para pemain akan gagal apabila mengumpulkan sebanyak 99 biji bom.

Bagi mereka yang inginkan untuk menghabiskan masa dengan bermain permainan menarik, dengan bercirikan tempatan, mungkin Aku Jimat ini salah satu permainan yang perlu dicuba oleh anda. Bagi para pengguna iOS, anda boleh memuat-turunnya terus daripada Apple AppStore hari ini.

13 Jan 2012

Info : Senarai Kalori Makanan

Kategori:Kuih Muih
1. Kasuiberkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori


kategori minuman

minuman berkabonat 1 tin 285g - 120 kal
minuman kotak 250g - 105 kal
susu tepung penuh krim 1 sudu makan - 33 kal
susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan - 25 kal
aiskrim 2 skop- 390 kal
susu pekat manis 1 sudu makan - 71 kal
yogurt rendah lemak 1 cawan - 90 kal
mentega 2 sudu teh - 75 kal
keju chedar 1 keping -58 kal

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

1tbsp minyak apa jenis pun 120 kalories
1 tbsp butter 100 calories
1tbsp santan low fat 9- 15 calories
1tbsp santan biasa 30-50 calories

1/2 cup sayur 20-30 calories
1/2 cup nasi, pasta, mi, bihun, cereal 100 calories
1 keping roti less 100
1 potato n banana less 100

100g seafood - 100 calories
100g fish - 120-150
100g chicken 130-150
100 g red meat 150

1tbsp sos2 .. 20-40

french fries - 1 small cup (90g) 290 Kcal
hot dog - 1 whole (82g) 225 Kcal
mashed potatoes -1 cup regular (94g) 87Kcal
Big Mac - 1 570Kcal



Sangat tinggi / Very high (> 600 kcal)
Nasi goreng (dengan telur, ayam dan sayur) /
Fried rice (with egg, chicken and vegetable)

Tinggi/High (401 -600 kcal)
Mi bandung/Bandung noodles
Kueh tiau bandung/Kueh tiau bandung
Mi kari/Curry mee
Nasi dagang/Nasi dagang
Mi hoon bandung/Mee hoon bandung
Nasi briyani, nasi sahaja/Nasi briyani, rice only
Nasi minyak/Oily rice

Sederhana / Medium (101 - 400 kcal)
Nasi lemak/Nasi lemak
Mi sup/Mee soup
Roti telur/Roti telur
Kueh tiau goreng/Fried kueh tiau
Roti canai/Roti canal
Capati/Capati
Mi hoon goreng/Fried mee hoon
Mi goreng/Fried mee
Nasi ayam/Chicken rice
Rawadosai/Rawadosai
Putu bambu/Putu bambu
Dosai/Dosai

Rendah / Low (0- 100 kcal)
Idlii/ldlii
Putu mayam/Putu mayam


OTHER TRADITIONAL KUIH

Sangat Tinggi / Very High (>300 kcal)

Mysore pak/Mysore pak
Laddu/Laddu
Papadam/Papadam

Tinggi / High (151 - 300 kcal)
Bingka ubi kayu/Bingka ubi kayu
Vadai, kacang dal kuning/Vadai, yellow lentil
Lepat pisang/Lepat pisang Cokodok pisang/Cokodok pisang
Kuih kasturi/Kuih kasturi
Kuih talam ubi kayu/Kuih talam ubi kayu

Sederhana / Medium (51 - 150 kcal)
Kuih sagu/Kuih sagu
Pisang goreng/Pisang goreng Kuih kastard jagung/Kuih kastard jagung
Popia/Popia
Puding jagung/Puding jagung
Kuih kacang/Kuih kacang
Putu kacang/Putu kacang
Cucur badak/Cucur badak
Emping/Emping

Rendah / Low (0-50 kcal)
Kerepek ubi kayu/Kerepek ubi kayu Kuih telur labah/Kuih telur labah
Kuih bangkit sagu/Kuih bangkit sagu Kuih bangkit/Kuih bangkit


TRADITIONAL KUIH (RICE & RICE-FLOUR BASED)

SangatTinggi / Very high (>300 kcal)
Lor-mai-fan (pulut dengan kacang)/
Lor-mai-fan (glutinous rice with peanuts)

Tinggi / High (151-300 kcal)
Tepung bungkus/Tepung bungkus
Bidaran/Bidaran
Kuih bom/Kuih bom
Kuih sri muka/Kuih sri muka
Bingka tepung beras/Bingka tepung beras
Pulut panggang/Pulut panggang
Kuih koci pulut putih/Kuih koci with white glutinous rice
Kuih kasui/Kuih kasui
Kuih koci pulut hitam/Kuih koci with black glutinous rice

Sederhana / Medium (51 - 150 kcal)
Tapai pulut/Tapai pulut
Kuih lapis/Kuih lapis
Kuih lompang/Kuih lompang
Rempeyek/Rempeyek
Kuih bakul/Kuih bakul
Dodol/Dodol
Wajik/Wajik

Rendah / Low (0 - 50 kcal)

Kuih karas/Kuih karas
Kuih buah Melaka/Kuih buah Melaka
Kuih buah rotan/Kuih buah rotan


TRADITIONAL KUIH (WHEAT FLOUR BASED)

Tinggi / High (151 - 300 kcal)
Yau-car-kue/Yau-car-kue
Kuih apam balik/Kuih apam balik
DonatlDougtinut
Ham-chi-peng/Ham-chi-peng
Kuih pau kacang merah/Red bean dumpling
Kuih pau ayaml Chicken dumpling
KesarilKesarl
Kuih apam gula hanguslKuih apam gula hangus

Sederhana / Medium (51 - 150 kcal)
Halwa/Halwa
Cucur udang/Cucur udang
Kuih ketayap/Kuih ketayap
Karipap/Curry puff
Kuih keria/Kuih keria
Kuih lidah kucing/Kuih lidah kucing
Kuih apam/Kuih apam

Rendah / Low(0 - 50 kcal)
Karipap mini/Mini curry puff
Baulu cermai/Baulu cermai
Kuih tat nenas/Pineapple tart
Kuih bawang/Kuih bawang
Kuih kapit/Kuih kapit


*********************************************************

SHARING IS CARING..

Murtabak/mutton - 1 piece - 722 kalori
Cheese Cake - 1 slice - 400 kalori
Roti Telur & Dhal - 1 piece & 1/2 cup - 414 kalori
Laksa Kari - 1 bowl - 589 kalori
Nasi Lemak - 1 complete - 644 kalori
Mee Goreng Mamak - 1 plate - 660 kalori
Lor Mee - 1 bowl - 383 kalori
Mee Rebus - 1 plate - 556 kalori
Mee/Bihun Goreng - 1 plate - 510 kalori
Kuey Goreng Kerang - 1 plate - 743 kalori
Mee Wantan - 1 plate - 409 kalori
Laksa Penang - 1 bowl - 436 kalori
Mee sup - 1 bowl - 381 kalori
Lor Mai Fun - 1 plate - 422 kalori
Nasi Briyani Kambing - 1 plate - 587 kalori
Nasi Minyak + Rendang Daging - 1 plate - 664 kalori
Nasi Campur + 3 dish - 1 plate - 620 kalori
Century Egg Porridge - 1 bowl - 423 kalori
Nasi Ayam - 1 plate - 600 kalori
Nasi Goreng Biasa - 1 plate - 637 kalori
Nasi Claypot - 1 bowl - 898 kalori
Bah Kut Teh - 1 bowl - 348 kalori
Sotong goreng tepung - 1 small plate - 630 kalori
Sup Krim - 1 rice bowl - 375 kalori
Cheese burger with extra beef - 1 whole - 438 kalori
Fried fish cake with bun - 1 whole - 433 kalori
sundae chocolate - 1 cup - 380 kalori
Apple Pie - 1 piece - 260 kalori
Cheese & meat sauce - 1 small plate - 444 kalori
Sandwich chicken salad - 1 whole - 481 kalori
Pasembur - 1 plate - 752 kalori
Rojak Buah - 1 plate - 443 kalori
Teh tarik - 1 glass - 83 calori (if you take 4 cups a day, it will equal to 1 1/2 bowl rice

5 Jan 2012

Marjerin : Mahukah anda meleburkan tupperware dan menyapukan ia ke atas roti?

Marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam belanda (turkey). Apabila ia menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang yang melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula lalu memerah otak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan tersebut bagi mendapat semula wang pelaburan mereka.

Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalu mereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai ganti mentega. Suka tak? Mereka dengan liciknya telah menghasilkan marjerin dengan pelbagai perasa baru.

TAHUKAH ANDA ...
Perbezaan antara marjerin dan mentega? Bacalah sehingga ke akhirnya.anda tentu tertarik! Kedua-duanya mempunyai jumlah kalori yang sama. Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin. Dengan memakan marjerin boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding memakan jumlah sama mentega, menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru. Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan. Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah makanan tambah nilai!

Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan lain. Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin terhasil kurang dari 100 tahun.

Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sangat tinggi kandungan asid lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tiga kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterol berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus). Marjerin menaikkan risiko penyakit barah sebanyak lima kali ganda. Ia mengurangkan jumlah susu badan. Ia juga merendahkan respons pertahanan tubuh serta keberkesanan insulin semula jadi badan. Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan .

INI IALAH BAHAGIAN YANG SANGAT MENARIK!

Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK. Fakta ini sahaja sudah cukup membuatkan saya mengelak dari memakan marjerin seumur hidup saya dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia bermakna hidrogen ditambah, mengubah struktur molekul bahan). Anda boleh cuba melakukan ujikaji ini:

Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat teduh. Dalam masa dua hari anda akan dapati dua perkara berikut:

*tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya (ia sepatutnya memberitahu sesuatu kepada anda)
*ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada nilai-nilai nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikroorganisma juga tidak akan membiak atasnya. Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada plastik. Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti anda?

BAGUSLA KALAU DAH TAHU..
Sebar2kan supaya jumlah pesakit jantung & barah berkurang.

Satu Usaha ke Satu Arah

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=Kg7b6xX49is#!
Mabruk! inilah usaha anak muda yang berani. Siapa lagi yang akan membawa perubahan jika bukan anak muda. Siapa lagi yang akan menjadi generasi pemangkin bangsa jika bukan anak muda. Bukan golongan tua tidak berjasa. tetapi perjuangan mereka adalah permulaan dan perjuangan anak muda penyambung sebagai penerus perjuangan orang lama. Ayuh! kita semarakkan